Sunday, 1 September 2013

LUKISAN

Dalam hidup ini pasti ada berbeda-beda cerita disebalik kesedihan dan kegembiraan .
Cerita ? ? Ia perlu dikongsi . Tapi Bagaimana ?
Bagi aku , Cerita yang perlu dikongsi bermacam-macam caranya .
Dan cara aku adalah LUKISAN . . .
Lukisan bukan sekadar hasil seni . Malah ia Boleh dijadikan cerita disebalik
warna yang dicalit dan hasil  itu sendiri .

Aku meluahkan cerita aku pada Lukisan .
Orang yang melihat mungkin hanya memandang remeh tetapi
LUKISAN adalah Sehelai kertas lukisan yang kosong tetapi
ia penuh dengan curahan cerita dari sang Pengkarya .
Mudah dipandang oleh orang yang tidak mengerti apa- apa
tapi ia bermakna bagi sang pengkarya .

Untuk menghasilkan lukisan ia memang memerlukan bakat.
Malah, bakat adalah benda yang terpenting dalam seni .
Walau bagaimanapun, Orang yang tiada bakat juga boleh menghasilkan LUKISAN.
ia bergantung pada aura yang dimiliki. orang yang tidak berbakat boleh dipupuk .
Aura ? ia bergantung pada cerita yang ingin diukir .

Untuk penghasilan karya ia adalah  dari keikhlasan yang ada dalam diri .
Kadang-kadang kita perlu mengikut GERAK HATI.
kerana HATI adalah pembuka cerita yang sebenar .
Bercurah lah . berkongsilah cerita hidupmu .

Hasilkan seni yang bergantung pada keadaan ,masa, cerita, keikhlasan , dan lain-lain.
Sesungguhnya ia tak merugikan. Mungkin Dengan penghasilan Lukisan , semua cerita yang ada dalam diri telah terluah . Inilah coretan aku tentang LUKISAN . .


Cerita aku melalui LUKISAN .

Friday, 30 August 2013

Bagaimana Kisah Aku ?

Kesakitan harus ada dalam kehidupan . tanpa kesakitan atau kesedihan hidup ini amatlah membosankan.
Seperti setiap insan yang ada kesedihan. 

Mungkin dia kini sudah bahagia dengan orang yang tersayang :) <Maybe>
tapi aku takkan lupakan apa yang berlaku antara kami . 
5tahun aku hanya merindukan dia. 5tahun cinta aku berlabuh pada dia . 
5tahun juga aku kecewa dan 5tahun aku dalam kesedihan. 
Meratapi kesedihan bukan sesuatu yang yang aku inginkan .

Aku ingin menjadi terkuat antara yang terkuat . Aku bukan seorang yang LEMAH !
Aku punya harga diri bukan EGO ! Arghh, mungkin ada sedikit . 
dan aku yakin dengan EGO yang ada dalam diri aku ini telah menyebabkan aku kehilangan dia.
Mungkinkah ??? ini penuh dengan persoalan !

Ye,  selama aku menanti dia ,  aku penah mencuba untuk mencintai yang lain ,
tetapi ia tidak menjadi. Hanya dia yang ada dalam benak fikiranku . 
bukan aku tak ingin lupakan dia , Tapi  susah dan payah . Mungkin kerana dia CINTA PERTAMAku.
Dia RINDU PERTAMAku . 5 tahun aku berahsia .
tiada tempat untuk aku mencurahkan cerita aku ini.
Susah kerana aku terlalu yakin bahawa Dia adalah untuk aku. 
Aku tahu itu adalah benda yang MUSTAHIL. 
Dia takkan kembali menyambung tali yang ditinggalkan tanpa NOTA !
Terkilan dan kecewa . 

Biarkan aku selesa dengan begini . Biarkan aku berahsia .
Jangan dia ketahui bahawa Dia yang aku nanti , Dia CINTA PERTAMAku .
walau aku dia tak hargai , Biarkan aku dengan masa laluku.
Biarkan aku berlayar tanpa arah yang pasti . aku hanya menuruti angin yang membawaku .
Membawa hingga tiada penghujungnya . Ditempuhnya ombak yang besar tanpa sedikit goyah .
Biarkan aku cintai dia. jangan ambil cinta ini dariku. 




Kisah yang tiada pasti ini , akan mebawa aku menerangi laut malam . 
supaya pelayaran aku dapat diteruskan . 
Biar Megah untuk MENCINTAI , jangan MEGAH untuk DICINTAI.

Dicerca ? aku sudah puas . biar apa orang nak kata . asalkan kisah aku dan dia tetap diteruskan .
Meskipun dia sudah bahagia dengan insan tersayang , tetapi aku ingin terus mencintai dia. 
jangan pernah marah utntuk aku mengejar cinta dia.
aku tidak akan BOSAN untuk mencintai Dia. 
hanya dia yang aku tunggu . Walaupun itu tiada pasti , percayalah . . . . 
Cinta tak ada yang tidak mungkin . 


Tuesday, 20 August 2013

Korang Nyawa Aku Dunia Akhirat !

Bissmillahirrahmanirrahim . 
Ya Allah , engkau selamatkanlah hubungan PERSAHABATAN kami utuk selamanya. 
engkau berikan rahmatMu ya Allah. sesungguhnya mereka adalah nyawaku ,
untuk selamanya . janganlah engkau memberikan dugaan yang tidak aku mampu pikul .

setiap hari aku cuba untuk mencari nafas baru amun aku gagal kerana aku tahu bahawa 
SAHABAT adalah ADIKBERADIK aku yang takkan pernah hilang . sesugguhnya Engkau telah memberikan dugaan yang paling dasyat dan kerana itu, HUBUNGAN PERSAHABATN kami tidak kekal . 
dilihat seperti masing-ii tidak dapat betahan. Sakit memang sakit . keretakkan ini bukan aku ingin ,
tetapi EGO yang ada dalam diri masing-ii . kerana EGo ! aku menitis , aku kecewa, aq terluka. 
 salahkah aku jika aku menginginkan KEHARMONIAN dalam Persahabatan ini seperti dahulu ?
Berdosakah aku Ya Allah ??? 

Mungkin ini PENGAKHIRANnya ! 
tapi aku tak ingin jadi begini . bukan seperti yang aku fikirkan . 
PERSAHABATAN yang aku inginkan adalah Mementingkan cinta antara satu sama lain.
bukan ego yang ada dalam diri masing2 ! sahabat yang aku inginkan , adalah sahabat yang  suka duka dikongsi bersama, sahabat yang tiada penghujung . tidak perlu untuk aku jelaskan kerana ia sangat bermakna. 

Ttetapi jika ini bukan PENGAKHIRANNYA, 
tolong bantu kami Ya Allah . bantu kami untuk bersama buat selamanya .
bantu kami membina PERSAHABATAN yang telah GOYAH ,
bantu untuk menempuh dugaanMu dengan tenang dan sabar . 
~Akhir dariku : Ayuh , kembali membina hubungan kita yang dilanda badai . 
bina untuk terus teguh samapai bila-ii  dan ia tidak akan runtuh ! Allahhhh..  

Monday, 5 August 2013

Cintai Aku kerana cintamu kepada Allah SWT

Bissmillahirrahanirahim..
sesuatu yang indah hanya akan ada  untuk semntara. 
ia tidak kekal untuk selama-lamanya. 
Mungkin kerana terlalu berharap tentang benda yang tak pasti kita akan menderitakan hati kita sendiri. Memang terbukti bahawa cinta itu pahit . susah nak ditelan . 
sakit yang dirasa bgaikan duri yang tertusuk dihati.
Dengan itu , ketabahan perlu ada dlm diri . sometimes, rasa sedih jgak bila dia datang dan pergi macam tu aje . tapi semua itu akan aku terima dengan apa adanya. 
Mungkin kebahagian aku belum ada untuk sekarang , esok lusa maybe ??
Allah tahu apa yang terbaik untuk HambaNya . :') 
sesungguhnya aku selalu berharap bahawa suatu hari nanti akan ada seorang insan yang bernama lelaki akan meminangku dengan bismillah. lelaki yang 'jadikan bacaan ayat al-Quran sebagai hantaran khawin olehnya sendiri . dan mendidik aku supaya menjadi seorang wanita yang solehah di muka bumi ini . 
sesungguhnya aku masih jahil tentang agama ALLAH SWT . Oleh itu, aku memerlukan seseorang yang boleh mendampingiku kerana cintanya terhadap ALLAH SWT. 
Semoga impian ini menjadi kenyataan Ya Allah .. Aminnnn.. =)
Semoga cinta ini mekar untumu Ya ALLAH . <3

Sunday, 28 July 2013

Saya Konpius :/

Bismillahirrahmanirahim . . .
herm, rindu ?? maybe la ade sikit . tapiii aku dah tak mengharapkan sesuatu yang tak pasti .
sesungguhnya ia sakit sangat . tak tertahan . 
ok lah , aku mengaku yang aku dah sukakan dia tapi dia macammana ? 
mesti dia just anggap aku sebagai kawan ja kan??
takpelah , sokeyh. aku redho Ya Allah . 
 Ish, ape yang aku melalut ni ?? Arghhh .. susahlah . 
kan best kalau hidup ni tanpa ade rase SUKA , CINTA or what else. 
Konpiuslah. tak tahu mana satu . sometime cara dia layan aku dengan baikaku rasa lebioh dihargai.
dia macam faham je keadaan aku . Sebelum ni aku penah rasa yang LELAKI ni tak boleh dipercayai dan LELAKI hanya mendatngkan masalah je . tapi baru aku tahu bahaa LELAKI juga yang boleh merawat aku , menggembirakan aku and so on .. 
Yupp , now i feel go0d in my life . But i can't think about this b'coz TRIAL SPM just around the corner . so scary okayy.. perhaps , you always being  my diamond =)
Someone like You !!!!!! >.<

Saturday, 27 July 2013

Dia. . . .

Assalamualaikum . herm . yesss ! aku bahagia ! =) ahhaha.. 
Aq percaya akan semua kata-kata ibu
 bahawa " Allah berikan kita guruh , hujan , ribut kemudian Dia bagi kita PELANGI yang indah" . 
dulu hati aku hancur kerana seseorang yang tidak penting menghancurkan hati aq.
 tetapi Alhamdulillah Allah kirimkan aku seorang SAHABAT yang mungkin boleh dikategorikan PENYELAMAT hati aq daripada terus hancur .
 Dia adalah manusia yg baik. Terlalu baik. sampaikan aku terjatuh suka.Tetapi InsyaAllah , Allah akan menjaga aku daripada Tersakiti lagi . 
Dia manusia yang selalu buat aku gembira , ketawa . Saat aku dengannya , seperti aku berada dengan Sahabatku , Abangku , kembarku dan juga someone special . Dia bijak menceriakan hati aku daripada hancur. Dia adalah lelaki yang sempurna bagi aku . menpunyai hati yang bersih . .
 Semakin hari semakin aku happy . kdng-ii terase rindu tapi hermm... mungkin rindu sebagai sahabat . or what else.Biakan aq terus begini . Ya Allah . engkau jaga lah perasaan aku ini terhadap dia . Allahuakhbar.

Sesungguhnya hanya Dia yang boleh mebahagiakan aku =) <KR>

Friday, 12 July 2013

RAMADHAM YANG HILANG

Assalamualaikm, semanis ramadhan kali ini tak sama disaat ramadhan yang lalu . kerana ramadhan tahun ini sepi tanpa atuk nenek. Semalam aku dah pegi ziarah kubur atuk :') 
Masih terasa dengan kepergian dia. kadang-ii hidup ini tidak seperti yang kita harapkan . 
Allah yang Maha Menentukan settiap perjalanan hambanya . Allah selalu menguji keimanan hambanya. kerana dia mengetahui bahawa setiap ujian yang diberi itu tidak melebihi batas kemampuan hambanya . Aku gembira dan aku juga bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merasai ramadhan kali ini. aku takut untuk kehilangan ramadhan kali ini . aku ingin terus bersujud padaMu Ya Allah. 
iZinkan aku hidup diduniaMu ! Kau turunkanlah rahmatMu kepada ku . Aminnnn..