Sunday, 1 September 2013

LUKISAN

Dalam hidup ini pasti ada berbeda-beda cerita disebalik kesedihan dan kegembiraan .
Cerita ? ? Ia perlu dikongsi . Tapi Bagaimana ?
Bagi aku , Cerita yang perlu dikongsi bermacam-macam caranya .
Dan cara aku adalah LUKISAN . . .
Lukisan bukan sekadar hasil seni . Malah ia Boleh dijadikan cerita disebalik
warna yang dicalit dan hasil  itu sendiri .

Aku meluahkan cerita aku pada Lukisan .
Orang yang melihat mungkin hanya memandang remeh tetapi
LUKISAN adalah Sehelai kertas lukisan yang kosong tetapi
ia penuh dengan curahan cerita dari sang Pengkarya .
Mudah dipandang oleh orang yang tidak mengerti apa- apa
tapi ia bermakna bagi sang pengkarya .

Untuk menghasilkan lukisan ia memang memerlukan bakat.
Malah, bakat adalah benda yang terpenting dalam seni .
Walau bagaimanapun, Orang yang tiada bakat juga boleh menghasilkan LUKISAN.
ia bergantung pada aura yang dimiliki. orang yang tidak berbakat boleh dipupuk .
Aura ? ia bergantung pada cerita yang ingin diukir .

Untuk penghasilan karya ia adalah  dari keikhlasan yang ada dalam diri .
Kadang-kadang kita perlu mengikut GERAK HATI.
kerana HATI adalah pembuka cerita yang sebenar .
Bercurah lah . berkongsilah cerita hidupmu .

Hasilkan seni yang bergantung pada keadaan ,masa, cerita, keikhlasan , dan lain-lain.
Sesungguhnya ia tak merugikan. Mungkin Dengan penghasilan Lukisan , semua cerita yang ada dalam diri telah terluah . Inilah coretan aku tentang LUKISAN . .


Cerita aku melalui LUKISAN .

Friday, 30 August 2013

Bagaimana Kisah Aku ?

Kesakitan harus ada dalam kehidupan . tanpa kesakitan atau kesedihan hidup ini amatlah membosankan.
Seperti setiap insan yang ada kesedihan. 

Mungkin dia kini sudah bahagia dengan orang yang tersayang :) <Maybe>
tapi aku takkan lupakan apa yang berlaku antara kami . 
5tahun aku hanya merindukan dia. 5tahun cinta aku berlabuh pada dia . 
5tahun juga aku kecewa dan 5tahun aku dalam kesedihan. 
Meratapi kesedihan bukan sesuatu yang yang aku inginkan .

Aku ingin menjadi terkuat antara yang terkuat . Aku bukan seorang yang LEMAH !
Aku punya harga diri bukan EGO ! Arghh, mungkin ada sedikit . 
dan aku yakin dengan EGO yang ada dalam diri aku ini telah menyebabkan aku kehilangan dia.
Mungkinkah ??? ini penuh dengan persoalan !

Ye,  selama aku menanti dia ,  aku penah mencuba untuk mencintai yang lain ,
tetapi ia tidak menjadi. Hanya dia yang ada dalam benak fikiranku . 
bukan aku tak ingin lupakan dia , Tapi  susah dan payah . Mungkin kerana dia CINTA PERTAMAku.
Dia RINDU PERTAMAku . 5 tahun aku berahsia .
tiada tempat untuk aku mencurahkan cerita aku ini.
Susah kerana aku terlalu yakin bahawa Dia adalah untuk aku. 
Aku tahu itu adalah benda yang MUSTAHIL. 
Dia takkan kembali menyambung tali yang ditinggalkan tanpa NOTA !
Terkilan dan kecewa . 

Biarkan aku selesa dengan begini . Biarkan aku berahsia .
Jangan dia ketahui bahawa Dia yang aku nanti , Dia CINTA PERTAMAku .
walau aku dia tak hargai , Biarkan aku dengan masa laluku.
Biarkan aku berlayar tanpa arah yang pasti . aku hanya menuruti angin yang membawaku .
Membawa hingga tiada penghujungnya . Ditempuhnya ombak yang besar tanpa sedikit goyah .
Biarkan aku cintai dia. jangan ambil cinta ini dariku. 




Kisah yang tiada pasti ini , akan mebawa aku menerangi laut malam . 
supaya pelayaran aku dapat diteruskan . 
Biar Megah untuk MENCINTAI , jangan MEGAH untuk DICINTAI.

Dicerca ? aku sudah puas . biar apa orang nak kata . asalkan kisah aku dan dia tetap diteruskan .
Meskipun dia sudah bahagia dengan insan tersayang , tetapi aku ingin terus mencintai dia. 
jangan pernah marah utntuk aku mengejar cinta dia.
aku tidak akan BOSAN untuk mencintai Dia. 
hanya dia yang aku tunggu . Walaupun itu tiada pasti , percayalah . . . . 
Cinta tak ada yang tidak mungkin . 


Tuesday, 20 August 2013

Korang Nyawa Aku Dunia Akhirat !

Bissmillahirrahmanirrahim . 
Ya Allah , engkau selamatkanlah hubungan PERSAHABATAN kami utuk selamanya. 
engkau berikan rahmatMu ya Allah. sesungguhnya mereka adalah nyawaku ,
untuk selamanya . janganlah engkau memberikan dugaan yang tidak aku mampu pikul .

setiap hari aku cuba untuk mencari nafas baru amun aku gagal kerana aku tahu bahawa 
SAHABAT adalah ADIKBERADIK aku yang takkan pernah hilang . sesugguhnya Engkau telah memberikan dugaan yang paling dasyat dan kerana itu, HUBUNGAN PERSAHABATN kami tidak kekal . 
dilihat seperti masing-ii tidak dapat betahan. Sakit memang sakit . keretakkan ini bukan aku ingin ,
tetapi EGO yang ada dalam diri masing-ii . kerana EGo ! aku menitis , aku kecewa, aq terluka. 
 salahkah aku jika aku menginginkan KEHARMONIAN dalam Persahabatan ini seperti dahulu ?
Berdosakah aku Ya Allah ??? 

Mungkin ini PENGAKHIRANnya ! 
tapi aku tak ingin jadi begini . bukan seperti yang aku fikirkan . 
PERSAHABATAN yang aku inginkan adalah Mementingkan cinta antara satu sama lain.
bukan ego yang ada dalam diri masing2 ! sahabat yang aku inginkan , adalah sahabat yang  suka duka dikongsi bersama, sahabat yang tiada penghujung . tidak perlu untuk aku jelaskan kerana ia sangat bermakna. 

Ttetapi jika ini bukan PENGAKHIRANNYA, 
tolong bantu kami Ya Allah . bantu kami untuk bersama buat selamanya .
bantu kami membina PERSAHABATAN yang telah GOYAH ,
bantu untuk menempuh dugaanMu dengan tenang dan sabar . 
~Akhir dariku : Ayuh , kembali membina hubungan kita yang dilanda badai . 
bina untuk terus teguh samapai bila-ii  dan ia tidak akan runtuh ! Allahhhh..  

Monday, 5 August 2013

Cintai Aku kerana cintamu kepada Allah SWT

Bissmillahirrahanirahim..
sesuatu yang indah hanya akan ada  untuk semntara. 
ia tidak kekal untuk selama-lamanya. 
Mungkin kerana terlalu berharap tentang benda yang tak pasti kita akan menderitakan hati kita sendiri. Memang terbukti bahawa cinta itu pahit . susah nak ditelan . 
sakit yang dirasa bgaikan duri yang tertusuk dihati.
Dengan itu , ketabahan perlu ada dlm diri . sometimes, rasa sedih jgak bila dia datang dan pergi macam tu aje . tapi semua itu akan aku terima dengan apa adanya. 
Mungkin kebahagian aku belum ada untuk sekarang , esok lusa maybe ??
Allah tahu apa yang terbaik untuk HambaNya . :') 
sesungguhnya aku selalu berharap bahawa suatu hari nanti akan ada seorang insan yang bernama lelaki akan meminangku dengan bismillah. lelaki yang 'jadikan bacaan ayat al-Quran sebagai hantaran khawin olehnya sendiri . dan mendidik aku supaya menjadi seorang wanita yang solehah di muka bumi ini . 
sesungguhnya aku masih jahil tentang agama ALLAH SWT . Oleh itu, aku memerlukan seseorang yang boleh mendampingiku kerana cintanya terhadap ALLAH SWT. 
Semoga impian ini menjadi kenyataan Ya Allah .. Aminnnn.. =)
Semoga cinta ini mekar untumu Ya ALLAH . <3

Sunday, 28 July 2013

Saya Konpius :/

Bismillahirrahmanirahim . . .
herm, rindu ?? maybe la ade sikit . tapiii aku dah tak mengharapkan sesuatu yang tak pasti .
sesungguhnya ia sakit sangat . tak tertahan . 
ok lah , aku mengaku yang aku dah sukakan dia tapi dia macammana ? 
mesti dia just anggap aku sebagai kawan ja kan??
takpelah , sokeyh. aku redho Ya Allah . 
 Ish, ape yang aku melalut ni ?? Arghhh .. susahlah . 
kan best kalau hidup ni tanpa ade rase SUKA , CINTA or what else. 
Konpiuslah. tak tahu mana satu . sometime cara dia layan aku dengan baikaku rasa lebioh dihargai.
dia macam faham je keadaan aku . Sebelum ni aku penah rasa yang LELAKI ni tak boleh dipercayai dan LELAKI hanya mendatngkan masalah je . tapi baru aku tahu bahaa LELAKI juga yang boleh merawat aku , menggembirakan aku and so on .. 
Yupp , now i feel go0d in my life . But i can't think about this b'coz TRIAL SPM just around the corner . so scary okayy.. perhaps , you always being  my diamond =)
Someone like You !!!!!! >.<

Saturday, 27 July 2013

Dia. . . .

Assalamualaikum . herm . yesss ! aku bahagia ! =) ahhaha.. 
Aq percaya akan semua kata-kata ibu
 bahawa " Allah berikan kita guruh , hujan , ribut kemudian Dia bagi kita PELANGI yang indah" . 
dulu hati aku hancur kerana seseorang yang tidak penting menghancurkan hati aq.
 tetapi Alhamdulillah Allah kirimkan aku seorang SAHABAT yang mungkin boleh dikategorikan PENYELAMAT hati aq daripada terus hancur .
 Dia adalah manusia yg baik. Terlalu baik. sampaikan aku terjatuh suka.Tetapi InsyaAllah , Allah akan menjaga aku daripada Tersakiti lagi . 
Dia manusia yang selalu buat aku gembira , ketawa . Saat aku dengannya , seperti aku berada dengan Sahabatku , Abangku , kembarku dan juga someone special . Dia bijak menceriakan hati aku daripada hancur. Dia adalah lelaki yang sempurna bagi aku . menpunyai hati yang bersih . .
 Semakin hari semakin aku happy . kdng-ii terase rindu tapi hermm... mungkin rindu sebagai sahabat . or what else.Biakan aq terus begini . Ya Allah . engkau jaga lah perasaan aku ini terhadap dia . Allahuakhbar.

Sesungguhnya hanya Dia yang boleh mebahagiakan aku =) <KR>

Friday, 12 July 2013

RAMADHAM YANG HILANG

Assalamualaikm, semanis ramadhan kali ini tak sama disaat ramadhan yang lalu . kerana ramadhan tahun ini sepi tanpa atuk nenek. Semalam aku dah pegi ziarah kubur atuk :') 
Masih terasa dengan kepergian dia. kadang-ii hidup ini tidak seperti yang kita harapkan . 
Allah yang Maha Menentukan settiap perjalanan hambanya . Allah selalu menguji keimanan hambanya. kerana dia mengetahui bahawa setiap ujian yang diberi itu tidak melebihi batas kemampuan hambanya . Aku gembira dan aku juga bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merasai ramadhan kali ini. aku takut untuk kehilangan ramadhan kali ini . aku ingin terus bersujud padaMu Ya Allah. 
iZinkan aku hidup diduniaMu ! Kau turunkanlah rahmatMu kepada ku . Aminnnn..


Thursday, 6 June 2013

Dia Pergi

assalamualaikum . 

Sekadar menyedekahkan Al -Fatihah utnuk arwah atuk yang telah pergi pada 3 June . Sedih di hati memang terukir tapi ii kehendak Allah SWT . aku redha . sejak kebelakangan ni aku busy sikit dngan kehadiran saudara - mara yang dtg menziarahi . hari ni baru ade masa nk menulis. hmmm, dan hari ni jugak aku menjadi kawan kpd dia , sokeyh la . aku dah ready awal2 lagi . dah name cinta monyet . ahahha , pedih jugak tapi terpaksa telan . aku still x taw kenapa jadi mcm ni , adakah salah aku ??  hmm, aku manusia yang tak sempurna . maybe aku buat salah dekat dia kot . sedih , tapi teruskan senyuman . aku harus bangkit . takkan mudah menyerah kalah . kadang-ii kalau kita ikut kan rasa , nanti akan binasa . hhmmm, sokeyh lah , aku still ade kawan2 aku . walaupun aku still x bleh nak terima hakikat , in sha Allah aku akan tabah . Sesungguhnya ALLAH tahu apayang terbaik buat hamba-Nya . Redha lah hati . kerana ini sudah tertulis . 


Sunday, 2 June 2013

Atuk . Moga Cepat sembuh .

Assalamualikum . . 
syukur kepada ALLAH SWT kerana aku masih diberi peluang untuk menerusan hidup di bumi ALLAH SWT yang MAHA indahnya .
 Aku bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk meneruskan Suruhan-Nya . 
Aku nak berkongsi cerita tentang atuk aku yang kini tenat . 
sejak semalam lagi atuk aku terbaring dan hari ini , ayah aku beritahu aku bahawa atuk aku tenat. Bangunlah atuk , kalau atuk terus tidur macam tu mane boleh kite nak sembang dua . 
Ya Allah , panjangkanlah umur atuk aku Ya Allah .
 Atuk je satu2nya atuk yang aku ade . aku takk nak kehilangan dia . 
aku syg atuk . Masa atuk sihat biasenya klo petang2 aku akan buat air milo untuk atuk . Atuk akan minum sampai habis . 
kalau atuk terbaring mcm ni , sape yang nak minum air milo yang kakak buat ??? sape nak sembang dengan kakak ?? sape yang nak nasihat kakak ?? Atuk kuatkan diri ye atuk . kakak akan tunggu atuk samapi atuk sembuh .
 lepas tu , boleh atuk minum air milo yang kakak buat . 
Atuk janji jangan tinggalkan kakak . Kakak ade sorang je atuk kat dalam dunia ni . 
Cuma kasih syg atuk je yang kakak boleh rase . 
Seriously , kakak tak penah rasa kasih syg dr seorang nenek .  Atuk cepat sembuh tau . kakak tunggu atuk sembuh . Ya ALLAH , engkau sembuhkanlah Atuk aku ya Allah . panjangkanlah umur atuk untuk terus bersama kami sekeluarga . 

SEMOGA ATUK CEPAT SEMBUH . WE O'LLS MISS U . 
KUATKAN DIRI ATUK . LAWAN TUK . AJA AJA FIGHTING !!!!!

Friday, 31 May 2013

Bersyukur dengan nikmat ALLAH SWT

Alhamdulillah ..... syukur pada ALLAH SWT kerana aku dengan kawan-kawan aku dapat melalui ujian yang diberi dngan tenang . 

walaupun bnyak yang berlaku antara kami masing2 ingin memperbetulkan kesilapan yang pernah dilakukan masing-masing . Inilah sahabat yang paling awesome ! sayang kawan-kawan aku . Aku harap walau apapun yang bakal berlaku selepas ini , aku dan kawan-kawan aku dapat lalui dengan baik . Masing-masing antara kami mempunyai kasih sayang yang menebal . 

Aku berharap yang persahabatan kami ni akan kekal sampai bila-bila kerana Hidup aku takkan lengkap tanpa dorang yang penuh warna untuk aku gunakan dalam hidup aku sama ada untuk besok atau lusa. aku akan selalu memilih untuk bersama dengan kawan-kawan aku . 

Aku juga berharap yang ALLAH SWT akan meredhai persahabatan kitorang . hanya dengan izin Mu Ya Allah . kerana apa yang berlaku dan apa yang bakal berlaku itu semua terjadi dengan izinMu . Aminn Ya Rabbal Alamin...

 

Thursday, 23 May 2013

Friend ? Wujudkahh ??

Kawan ?? Wujud ke kawan yang selalu ade untuk aku ?? macam x je . susah nak dapt orang yang betol2 nak faham aku . susah sngt2 . Tadi aku puas sngt dah boleh nangis depan kawan aku . erluah skit ape yg aku simpan  tak tahu nak luah kat sape2 , so dia je orang yang aku cari . aku nak lupakan apa itu kawan .

Hmmm, Dear pkck . . 
Kalau serius , tolong yakin . masih blom t'lambat lg nak undur dr. Sakit sangat bila dpt jwpan mcm tuh . sedih tapi buad derkk je . ni  baru skit . nanti kena tinggal lagi teruk . so , sabar je hati . In Sha Allah . . Akan ade hikmah disebalik kejadian . Lindungi Aku YA ALLAH . 

Curahkan cahaya mu untuk Aku meneruskan hidupku . 
Aku manusia yang lemah untuk menghadapi dugaan darimu .
aku juga manusia yang lalai . Tunjukkan Cahaya sebenar mu ya ALLAH . .
Jika sudah tertulis dia jdoh aku , permudahkanlah kami. jika bukan 
engkau tunjukkan lah apa2 hikmah mu .

Aku juga ingin bahagia mcm yang lain , tapi.... rasa mcm xmungkin . 
Aku KINI SEPERTI DAHULU . TERIMA ATAU TIDAK INI DESAKAN 
DARPADA ORANG YANG BERJAYA LUKAKAN AKU .

Aku Kejam ???

Aku kejam ? Korang terasa aku kejam sbb xlayan korang ?? alaa biasa la tuh .

Hati aku sakit sangat bila korang buad ku macam sampah . SALAH AKU ke ? kalo aku tarik muka sikit ? aku dah puas sngat nak jga hati orang . sedangkan orang x pernah nk try faham aku . SaKIT SANGAT2 . 

Maybe ALLAH SWT sedang tunjuk yang aku ni tak layak nak berkawan . aku terlalu mengharapkan kawan2 . lebih dari adik2 kandung aku sndr . sedangkan , kalau aku tua nk mati skit lg , adik2 aku je tempat menumpang . bukan kawan2 . aku silap sngt . so sekarng ni aku kembli pad kehidupan aku yang dulu . tak nak amik taw pasl orang kat sekeliling aku . letih . Nak nangis pun tak guna . 

Hidup macam SaMPAH  Ni sakit taw x .  Aku hidup hanya untuk ALLAH SWT dan FAMILY aku . 

dulu aku silap . sbb aku penah ckp yang aku kuat dan bertahan kerna kawan2 aku . sebenarnya aku kuat dan bertahan sebb ALLAH SWT dn family aku . ku dah takk nak jd orang baik . aku nak jd jahat . INGAT , KORANG YANG BUAD aKU MACAM NI . Tiap2 malam aku nangis sbb Aku bersyukur sangat sbb ALLH SWT dah tunjuk kan aku arah tuju hidup aku yang real . tanpa ade KAWAN2. LETIH SANGAT YA ALLAH !!!

Wednesday, 22 May 2013

Mcam Nie Ke kawan ?

macam ni ke kawan ? aku ade ke takde ke same je bg diorang .
 Rasa tersisih sangat bila aku ni tak penting dlam hidup diorang .
Maybe kalau aku MATI pun diorang takk kesah kot .
agaknyalah . ku ter'over' sangat pentingkan kawan2 .
sedih bila orang buad aku mcm ni , lebih2 lg kawan aku yang aku sayang .

Aku selalu je mengalah dengan diorang . tup tup aku diorang buad mcm sampah .
 SEKARANG baru aku taw mcm Ni rupanya kawan yang aku sanjung bagai nak rak .
 Buang mase je selama ni aku baik dengan dy .
Entah la aku dah penat sangat nak jaga hati orang .
hati aku ni dah bnyak kali sakit aku takk penah nak mngadu pun .
aku xsuka sngt nak crite mslah aku . better aku simpan sendiri .
Sekarng aku nak buad bodoh je . dah malas nak pkir perasaan orng lain .
baik pkir utk diri ku sndr. Buang mase je .

Aku ingat diorang akan sayang aku mcm mne aku sayng diorang tapi hampehh ..
Aku try semampu aku utk faham diorang tapi diorang takk penah pkir pun nak Try faham aku .
Susah sngt ke nak faham aku ? aku just perlukan kawn2 aku selamanya .
Aku je yang perlukan tu . diorang takk pun . Boleh Blahhh r . malas nak layan perasaan Orang lain lagi .
AKU NAK TRY JD MANUSIA YANG TAKDE PERASAAN .
INGT !! korang yang buad aku mcm ni !

Monday, 20 May 2013

Best Friend ??

Tadi budak2 group choral duk disscuss pasal nak gi bercuti dekat gunung stong . Aku dengar citer best . tapi aku tak tahu lah best ke tidak . aku tak pernah pergi lagi setakat ni. Aku just imagine yang tempat tu dalam hutan yang jauh dari bandar yang penuh sesak orang rmai . arghhh , sakit jiwa bhaii . Kitorang nakkan tempat yang aman , damai , jauh dari bandar , udara yang segar . WO0w, Tak sabar la pulak . Excited nak pergi ni . confirm best . Aku suka pend time dengan kawan2 aku . diorang selalu buad aku gelak . release tension derr . ahahhaha . best kan ? Diorang kawan2 dunia akhirat aku . sayang korang ! Besties gitu . ahaa, Gelak tawa kita bersama . nangis duka kita always together . right guys ?






Janji guys ! kita takkan terpisah . selalu ada antara satu sama lain. sampai bila2 . ketika susah , senang , tua , muda kita berkongsi . Biar apa orang nak kata , yang penting korang ade dengan aku . sayang korang ketat2 . kalau aku susah , korang selalu tlong aku . and bila time korang susah , giliran aku pulak tlong ehh ??





Kita Kawan sapamai bila2 . Hope kita semua kekal dan takkkan terpisah . Korang dunia aku yang paling terindah . SAYANG KORANG SANGAT2 . Muachhh :*

Sunday, 19 May 2013

Be Mine > Fav Song ;-)



Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu
You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh
Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang
Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take Myhand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you
Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever......

Friday, 17 May 2013

Kawan ??? o.O




     Kawan ?? Haa, Kawan memang ramai dalam dunia ni sampai tak terkira . tapi nak cari SAHABAT itulah yang paling susah . Aku punyer kawan ramai tapi sahabat .. aku tak sure sangat . Alhamdulillah , sejak aku masuk group choral speaking tahun lepas . . banyak sangat yang aku tahu tentang erti sebuah persahabatan . Syukur sangat2 kerana aku dikurniakan kawan2 yang baik dan happening . suka buat aku gelak . hilang tension taw . tapi dalam ramai2 tu adelah yang tak berapa nak masuk 1 kepala sangat . adelah 2-4 orang yang perangai macam nak rak . tapi ignore jelah . Guess what? selama ni kalau aku punyer kawan just kat sekolah je . tapi sejak ade kawan2 dalam group choral aku ade kawan yang boleh lepak dengan aku , boleh b'kongsi masalah . bahagia sangat . tapi Dalam Bahagia pasti ade luka right ? pasal luka t aku citer len kali k ? Gtg , baiii ..